Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
7:58 AM

PENGUASAAN 3M

Selamat datang ke blog saya semoga kita dapat berkongsi maklumat tentang isu-isu semasa terutama berkaitan dengan pendidikan.

Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa dan meneruskanya dengan penuh ketabahan kesabaran dan keredaan.Semoga lebaran yang kita akan sambut akan benar-benar merupakan satu kemenangan dalam erti kata sebenar.

Kepada semua warga pendidik saya amat berharap Ramadhan tahun ini akan mewujudkan keinsafan kepada kita untuk terus memberikan perkhidmatan penuh cemerlang bagi menentukan kemenjadian pelajar.Tanamkan perasaan belas dan penuh kasih sayang ketika mendidik.Saya percaya hasrat KPI KPM semua murid sekolah rendah boleh menguasai 3M sebelum mereka meninggalkan Tahap 1 persekolahan.Adalah satu "dosa" kepada kita sekiranya kita lahirkan anak-anak yang tidak menguasai 3M( mantan KPPM.YBhg Dato Ahamat Sipon)

Comments (0)

Post a Comment