Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
8:16 AM

1 MALAYSIA

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang lagi maha Mengasihani.

Bertemu sekali lagi dalam bicara minda.

Sebagai pendidik bagaimana kita melihat gagasan 1 MALAYSIA dan sebagai pemulaan saya menerangkan konsep asas gagasan yang telah di war-warkan oleh YAM Perdana Menteri Malaysia ke 6 yang kita sayangi, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 16 April 2009.


Saya amat yakin pada merealisasikan gagasan yang besar dan saya percaya ia bukan satu retorik politik tetapi ia satu panduan dan akan jadi pegangan semua penduduk Malaysia dan dijadikan satu kepunyaan bersama bagi melahirkan sebuah negara yang kuat berpadu ibarat seketuk besi waja dan bermaruah serta berdaulat demi anak bangsa pewaris generasi mapan.MERDEKA MERDEKA MERDEKA


Sayang keranji di tengah halaman
Disangka tidak berbuah lagi
Sudah berjanji berpegang tangan
Diharap tidak berubah hati


1 M dibentuk berasaskan kepada 3 TERAS PERPADUAN DAN 8 NILAI ASPIRASI

3 Teras Perpaduan
  • Prinsip Penerimaan
  • Prinsip Kenegaraan
  • Prinsip Keadilan Sosial

8 Nilai Aspirasi

  • Budaya Cemerlang
  • Ketabahan
  • Rendah Diri
  • Penerimaan
  • Kesetiaan
  • Meritokrasi
  • Pendidikan
  • Integrasi

(untuk teks penuh sila layari http://www.1malaysia.com.my/ atau dapatkan Risalah 1 Malaysia keluaran Jabatan Perdana Menteri atau Majalah Sinar Mentari terbitan Jabatan Penerangan Malaysia)

Saya akan tafsir berdasar kefahaman positif saya dan menterjemahkan kepada amalan dunia pendidikan khususnya pendidikan di Labuan. Selamat berjumpa, selamat mentafsir dan menterjemahkan.

Biar nasi terbuang, jangan periuk pecah...apa tafsiranya dan bagaimana ia berkait dengan 1Malaysia

Comments (0)

Post a Comment