Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
10:59 PM

Bidang Keberhasilan Negara(NKRA)

Ia amat perlu difahami supaya ia tidak menjadi retorik tapi satu realiti dalam pengurusan pendidikan.Kita bawa ilmu sebagai peluru untuk anak-anak kita berjuang menentukan masa depan mereka.Kita pastikan ilmu yang kita curahkan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang serta keikhlasan( merestukan ilmu yang kita curah digunakan oleh anak-anak tersayang)dapat mencorak kehidupan masa depan yang cemerlang dan dapat menghadapi sebarang halangan dan kesukaran bagi menjadi manusia yang berkhidmat pada bangsa negara dan agama.

Kita guru berjuang untuk melahirkan modal insan seimbang dan kita tidak boleh gagal kerana kelak bukan saja anak-anak menjadi mangsa bagkan kesan besar pada negara tercinta.

Dalam peperangan tentera pergi berjuang bukan untuk dibunuh tapi untuk membunuh musuh.Bagaimana perjuangan kita.......

Sebagai penjawat awam kita sepatutnya akur dan terus memperjuangkan serta melaksanakan dasar-dasar yang dibawa oleh kepimpinan negara.Jika kita tidak setuju pada prinsip akan dasar yang dibawa kita patut keluar dari sistem yang sedang diamalkan.

Apakah kita guru-guru Labuan telah memahami dan bersedia untuk meneruskan perjuagan dan agenda Jabatan Pelajaran Labuan selaras dengan hasrat dan dasar serta selogan yang diwar-warkan oleh kerajaan semasa.Atau terus dengan dasar hanya diri sendiri yang betul dan kesilapan dan kelemahan kerana orang lain.

Marilah kita sama-sama menghayati dan merenung serta menggunakan minda yang berkualiti dengan menggunakan kemahiran berfikir.Kita halusi secara profesional , kita olah dan kita laksanakan.Cuba kita bawa diri ita berfikir dan carilah nilai positif.

Ucapan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia yang prograsif dan kita kasihi semasa Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC di Dewan Plenari PICC pada 27 Julai 2009

Lantas hari ini saya akan meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA.Untuk setiap NKRA akan dikenal pasti pula KPI-KPInya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur.Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembeling dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

Bagaimana kita mentafsir ucapan ringkas ini.
Enam Teras NKRA
Mengurangkan Kadar Jenayah
Mengurangkan Jenayah Jalanan Sebanyak 20 peratus pada ak
Memerangi Rasuah
Semua Perolehan Kerajaan Menggunakan Tender Terbuka atau Tender Terhad Bagi
Memerangi Rasuah
Mempeluasakan Akses Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Pendidikan Prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam
aliran perdana bagi memperluaskan akses pendidikan berkualiti
Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
Membenteras kemiskinan Tegar menjelanh 31 Disember 2012
Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
Peruntukan RM 10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air,elektrik,
selain baik pulih 50,000 rumah menjelang 2010
Menambahbaik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana
Menetapkan 25 Peratus Penduduk Lembah Kelang menggunakan pengangkutan
awam pada akhir 2012

Bagaimana kita mentafsir supaya boleh diguna pakai dalam perkhidmatan selaras dengan matlamat organisasi dan keperluan kepuasanh pelanggan

Berasaskan pada slogan tersebut,Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina NKPI/MNRA yang akan diguna pakai bagi menentukan kecemerlangan dan keberhasilan

Apa dia NKPI KPM....mari sama -sama kita hayati demi anak bangsa tercinta..Satu JPN,Murid Didahulukan,Guru Dijaga,Pencapaian Diutamakan...setuju tak selogan ini dan bagaimana ia boleh ditafsirkan.

Mari kita mentafsir MKPI KPM

NKRA 3:MELUASKAN AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN

  • Pendidikan Prasekolah Dijadikan sebahagian Sistem Pendidikan
  • Kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluaskan
  • akses pendidikan berkualiti

SUM NKRA 3 KPM

NKPI 1:MENINGKATKAN KADAR PENYERTAAN MURID PRASEKOLAH SEBANYAK 20 % PADA AKHIR TAHUN 2012 DENGAN MEMASUKKAN SEMUA PRASEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

NKPI 2:SEMUA MURID NORMAL BOLEH MENGUASAI KEMAHIRAN LITERASI DAN NUMERASI SELEPAS TIGA TAHUN MENGIKUTI PENDIDIKAN RENDAH PADA AKHIR 2012

NKPI 3: MEMBANGUNKAN 100 BUAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

NKPI 4: NEW DEALS/BAI'AH UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR BERDASARKAN PERFORMANCE BASED ASSESSMENT

Penjelasan:Memantapkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memestikan pemilihan pemimpin sekolah ini bukan sahaja berdasarkan kepada kekananan tetapi perlu wujug proses yang lebih telus dan luwes serta memilih yang terbaik dan berbakat.

NKPI 5 : MENINGKATKAN PENYERTAAN PELAJAR SEBANYAK 100% DALAM ALIRAN VOKASIONAL DAN TEKNIK

NKPI 6:SEMUA SEKOLAH MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK 24 JAM PADA AKHIR TAHUN 2012

Bagi mumudahkan perbincabg saya sediakan beberapa persoalan untuk kita kobgsi sama

  • Bagaimana kita melihat NKRA dan NKPI KPM sesuatu yang saling berkait dan melengkapi
  • Apa altiviti yang boleh dilakukan
  • Apa bentuk aktiviti yang perlu dijalankan
  • Bagaimana kita perlu bermula...tangga atau langkah bagaimana
  • Bila kita dapat laksanakan
  • Bagaimana kita menilai
  • Bila kita boleh melihat hasilnya

Comments (0)

Post a Comment