Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
1:02 PM

16 September dan 1Malaysia

16 September menjadi tarikh penting selain 31 Ogos bagi semua rakyat Malysia yang patriotik dan sayangkan agama, bangsa dan negara serta peninggalan watan terdahulu.Mereka berjuang untuk mendapatkan peristiwa di tarikh tersebut.Siapa pejuang dan siapa penderhaka.

16 September 1963 merupakan keputusan rakyat yang ingin maju bersama bangsa lain disamping memperkukuhkan perpaduan.Walaupun ditentang oleh Indonesia melalui propaganda konfrantasi Sukarno(Bong Karno) yang kemudiannya Singapura di"singkirkan" kerana kerenah dan kerakusan pemikiran yang mabuk kuasa pemimpinnya.

Sepatutnya 16 September menjadi asas yang kukuh bagi kita merealisasikan 1Malaysia.Ia bukan tarikh untuk mereka menjahanamkan negara tercinta yang telah dibentuk berlandaskan Kontrak Sosial dan Demokrasi Berpelembagaan dengan Prinsip Rukun Negara menjadi panduan dan pegangan dalam meneruskan agenda kenegaraan.Agenda membina NEGARA BANGSA.

Kita boleh meneruskan perjuangan mengisi kemerdekaan melalui kaedah kita sendiri,boleh mengkritik dan bersuara bebas tapi bukan sampai menyusahkan orang lain,jangan kita saja yang betul.Apapun kaedah kita meneruskan perjuangan bangsa jangan sampai merosak dan merugikan agama, bangsa dan watan.Kita perlu menegakkan keadilan menerusi prinsip keadilan tanpa penindasan fizikal dan psikologi samada ia kecil, besar, kaya, miskin mahupun penghuni bandar, kampung,luar bandar,pedalaman, pulau,hulu dan persisir pantai juga laut.Juga walaupun ia cerdik,bodoh,dungu ataupun mereka Orang Kurang Upaya.

Marilah kita tanam semangat kental menyayangi negara..berjuang mencari kuasa dengan cara sendiri tapi matlamat adalah untuk kebahagian dan kemakmuran serta perpaduan rakyat demi keutuhan bumi tercinta.Kita bersatu berganding bahu sekita diancam oleh anasir luar.Jangan pula kita bersubahat.

Kita memupuk kedamaian dan perpaduan melalui sistem pendidikan negara yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan...kita adakan Pendidikan Kewargenagaraan.Sivik ...kita adakan RIMUP..budak-budak kita elok bergaul dan beraktiviti....tapi siapa sebenarnya penyebar perpecahan...yang penyebab rakyat kita dikatakan perpaduan semakin tipis....

Comments (0)

Post a Comment