Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
2:01 AM

UCAPAN TAHUN BARU 2010

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana kita masih lagi di izinkan oleh ALLAH untuk terus bernafas dan menjalankan tanggungjawab kepadaNYA untuk agama, bangsa dan negara khususnya dalam bidang pendidikan. Jadi realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang kita dapat tidak dipersoalkan.

Disamping itu, jabatan diurus dengan baik melalui pemantauan yang paling minima serta sekolah dipantau dan diurus dengan ikhlas, jujur serta penuh keinsafan bahawa pelanggan utama kita ialah MURID. Gagasan Murid Dahulukan Guru Dijaga dan Kecemerlangan Pencapaian Diutamakan hendaklah dihayati dan direalisasikan sepenuhnya.Sesungguhnya tahun 2010 adalah tahun penuh mencabar kerana dalam kekurangan peruntukan kita masih dituntut melaksanakan semua aktiviti dan program dengan cemerlang bukan saja untuk mencapai visi sekolah dan jabatan bahkan lebih penting bagi melaksanakan GAGASAN 1 MALAYSIA , 6 NKRA DAN 6 NKPI(Sub-NKRA).


Bagi melaksanakan semua gagasan, hasrat kerajaan dan kementerian kita perlu bersedia dengan minda berkualiti yang terbuka disamping berani membuat perubahan dan mengubah diri, hati dan jati diri serta "worldview' lama yang mengongkomg pemikiran dan rasa hati atau yang telah menjadi pegangan hidup.Buangkan semua penyakit hati yang boleh menganggu kelancaran pelaksanaan dasar dan program yang dirancang. Kita sebagai pengurus sama ada di jabatan dan sekolah mesti memastikan bekerja secara kolompok dalam satu pasukan yang padu. Jangan ada perasaan iri hati, dengki dan menunding jari pada orang lain.


Ketua Sektor perlu membawa anak buah kepada hala tuju yang jelas dan bergerak serentak serta melangkah sederap dalam barisan yang lurus lagi rapat bagi memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan. Begitu juga Pengetua dan Guru Besar mesti boleh bekerjasama dengan 3 PK tanpa syak wasangka dan bias serta pilih kasih. Saya beri tempoh sehingga hujung bulan Januari untuk memastikan semua hubungan baik mesti ada. Pengetua dan Guru Besar adalah ketua di sekolah dan PK adalah pembantu. Fungsi dan peranan ini adalah jelas. Pemimpin mesti membawa anak buah ke satu hala tuju yang jelas dan betul.


Laporan mesti sampai pada saya pada minggu pertama bulan Februari jika tiada kesesuaian atau masih bergaduh ( secara terang atau secara diam2...sebotaj) dan bermasam muka, kita akan cuba buat perubahan atau jika tidak kita akan cadangkan jawatan itu dilepaskan dan beri pada orang lain dan PK patut ada Bai'ah dengan Pegetua dan Guru Besar. Kita bekerja sebagai satu ibadah pada Allah tapi bagaimana dalam melaksanakan ibadah ada perasaan sombong, dengki, irihati , takbur, banga diri dan lain-lain sifat hati yang tak baik. Matlamat kita adalah kejayaan dan kepentingan murid bukan kepentingan diri kita sendiri atau kelompok individu tertentu. Bekerjalah dengan harmonis dan penuh kegembiraan.


Jika kita imbas tahun 2009 banyak kejayaan dan banyak juga kegagalan kita mencapai matlamat.Tahniah pada sekolah yang telah berjaya mencapai matlamat sekolah mahupun mengangkat nama Labuan di peringkat kebangsaan. Bagi yang tidak mencapai matlamat berusaha lebih gigih lagi dan jadikanlah ia sebagai ikhtibar atau pengajaran dalam usaha kita meneruskan perjalanan bagi mencapai kecemerlangan 2010. Perjalanan adalah satu perjuangan..untuk berjaya dalam perjuangan kita mesti cukup ilmu kemahiran dan persediaan yang mantap dan mapan...tak boleh sambil lewa...macam melepaskan batuk ditangga...kegagalan murid adalah tanggungjawab pemimpin sekolah maka uruslah sekolah dengan betul.


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pemimpin dan guru di sekolah serta staf sokongan yang telah berusaha untuk memastikan kecemerlangan dan kemenjadian anak didik terutama didalam peperiksaan UPSR dan PMR yang baru sahaja tak sampai sebulan di umumkan. Banyak lagi yang kita perlu lakukan maka lakukanlah bersama-sama warga sekolah.

Sebagai satu pasukan sokong menyokong dan perlu memerlukan ..ibarat aur dengan tebing...ibarat satu kapal satu nahkoda...apalah guna bunga tanpa haruman dan apalah guna irama tanpa lagu..berkasih sayanglah...umpama kasih Adam dan Hawa ...percaya mempercayai...wujudkan perpaduan ukwah yang kental dalam menguruskan sekolah dan melaksanakan program yang dirancang...marilah kita menjadi umpama bulan dan matahari pada anak didik yang sentiasa menerang dan memanas diwaktu saat dan ketika yang sesuai...guru tetap menjadi penyuluh dan kita tak mahu murid kita umpama bunga kembang tak jadi.


Tahun 2010 kita akan memberikan tumpuan kepada usaha mencapai hasrat dan cita-cita bagi dihadiahkan pada murid yang masih dahagakan kecemerlangan walaupun dalam serba kekurangan bagi merealisasikan hasrat itu kita mesti.


  1. Cepat merancang bagi mencapai 4 bidang utama dengan menggunakan teori-teori dalam Blue Ocean Strategi, Kepimpinan 360 Darjah dan ilmu kepimpinan lain yang telah diberi dan didapati disamping pengalaman sedia ada...Akademik,Ko-kurikulum, Kemenjadian Murid dan Pengurusan dan Kepimpinan.

  2. Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia dengan memahami nilai-nilai murni dan nilai aspirasi yang terdapat didalamnya. Pemimpin perlu membantu anak buah memahami dan membawa mereka bagi melaksanakannya disamping memantapkan kefahaman di kalangan murid melalui kepelbagaian aktiviti.

  3. Mencapai kecemerlangan akademik samada bagi mata pelajaran peperiksaan mahupun bukan peperiksaan melalui penggunaan Head Count yang lebih mantap dan menyeluruh bagi meningkatkan kelulusan keseluruhan, kualiti mata pelajaran dan GPS.

  4. Ko-kurikulum sebagai asas memperkasakan disiplin dan mengamalkan adab/tatasusila perlakuan hidup disamping memantapkan pelaksanaan Slogan Budi Bahasa Budaya Kita sebagai budaya sekolah dan luar sekolah.

  5. Perkukuhkan pengurusan kewangan, pembangunan dan pengurusan sekolah dengan meningkatkan peratusan dan pencapaian SKPM dalam meningkatkan ranking sekolah .Bia'ah Pengetua dan Guru Besar merupakan suatu yang amat penting dilaksanakan mengikut ukuran standard yang ditetapkan bagi melonjakkan tahap kepimpinan dan ranking sekolah.

  6. Melaksanakan penyelidikan bagi meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam pengurusan, aktiviti murid dan PnP melibatkan semua peringkat murid dan guru serta pentadbir disamping meningkatkan penggunaaan pemikiran kritis dengan menggalakkan aktiviti penggunaan minda berkualiti.

  7. Memahami prinsip asas NKRA dan NKPI KPM serta melaksanakan bagi melahirkan input dan output pada tempoh masa yang singkat dari yang ditetapkan oleh kerajaan. Semua guru mesti terlibat dalam melaksanakannya melalui aktiviti yang sesuai bagi semua matapelajaran yang melibatkan murid Prasekolah,LINUS disamping murid yang masih gagal 3m dan Pendidikan Khas serta pemulihan terus diberikan tumpuan agar mereka terus terbela.

  8. Menjadikan persekitaran luar dan dalam sekolah lebih selesa dan bermakna untuk pembelajaran murid di samping memantapkan 3K.

  9. Memastikan matlamat PIPP tercapai seperti yang dirancang.

  10. Memantapkan pengurusan dan pentadbiran jabatan sebagai persediaan mencapai Visi Jabatan Cemerlang pada 2011 dalam semua bidang.

Sebagai penutup kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadi pemangkin jabatan dan sekolah kita boleh bergerak. Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan jabatan -jabatan lain di Labuan dan JPN lain. Semoga 2010 akan lebih cemerlang dan marilah kita sama-sama mengharungi cabaran dan rintang ,onak dan duri yang mungkin akan mendatangi kita semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita kepada anak bangsa dan pelanggan .InsyAllah saya akan tetap dan terus mencari jalan menjaga kebajikan semua warga pendidik di Labuan.

Maaf sekiranya dalam tempoh setahun lalu ada yang menyebabkan terasa hati atau tersentuh perasaan samada melalui perkataan ataupun perbuatan. Selamat menjalankan tugas dengan azam cemerlang.


Sekian, terima kasih

Comment (1)

Salam tuan, saya sudah printakn ucapan tuan untuk tatapan warga SEMELA, maklumlah masih ramai yang belum ada blog sendiri, juga saya mohon izin untuk "template" dalam blog sekolah...untuk manfaat semua. Nanti warga SMK Lajau akan ada blog masing-masing.... baru ok. Tahniah ucapan tuan banyak manfaat untuk direnung warga pendidik di Labuan

Post a Comment