Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
6:43 AM

BANGKIT LEBIH AMPUH

Dalam Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri berharap ekonomi Malaysia akan bangkit dengan lebih ampuh dan positif...bukan semata untuk pulih bahkan mengambil peluang untuk meletakkan asas-asas kukuh bagi kemakmuran dan masa depan negara dengan pembaharuan yang berterusan serta perlu meningkat dalam rantaian nilai ekonomi global.

Merintis jalan ke hadapan bererti mewujudkan ekonomi berteraskan pengetahuan dan digerakkan oleh daya kreativiti, inovasi serta nilai tambah yang tinggi. Oleh itu dua inisiatif baru akan digunakan iaitu melalui model ekonomi baru yang akan menjadi panduan hala tuju pembangunan negara menuju 2020 dan tahun-tahun berikutnya dan kedua ialah strategi melelui RMK 10..kejayaan pelaksanan memerlukan peranan proaktif setiap rakyat malaysia disamping membuat pilihan yang bijaksana...kejayaan adalah bergantung kepada modal insan dan bukan pada sumber alam semata-mata...berilmu, semangat keusahawanan waja.

Seluruh rakyat perlu bergerak kehadapan dan bersama bagi mengharungi ranjau dan onak bagi mencapai kejayaan...memerlukan rakyat yang bijak,berbakat dan bersemangat tinggi.Bersama penuh optimis bagi membawa kemakmuran,keselamatan,kesihatan dan tuan untuk rakyat...sama-sama menjulang nama Malaysia

Melaui 1 Malaysia.. Malaysia lebih cemerlang melalui penggabungan serta memupuk idea, bakat,inisiatif dan semangat seluruh rakyat tanpa mengenal batas dan latarbelakang...sumbangan semua rakyat adalah mustahak...alangkah ruginya sekiranya bakat yang ada tidak digunakan bagi kemakmuran negara tercinta ini.

Comments (0)

Post a Comment