Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
3:29 PM

TUN ABDUL RAZAK--SATU KENANGAN DAN LEGASI

Semasa berita pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak Haji Hussein..ketika beliau berada di London kerana berubat penyakit Lukemia...saya dan semua rakyat Malaysia mendapat berita yang Tun akan kembali ke Tanah Air kerana telah sihat...tapi selepas itu diberitakan kepulanganya di tangguhkan...akhirnya kami rakyat Malaysia menerima berita paling menyedihkan iaitu berita kembalinya beliau ke pangkuan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa...DIA penentu segala-galanya...kami guru-guru yang masa itu bertugas di Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Bukit Tajau, Maran, Pahang..amat sedih termasuk Koh Hock Hoi (bekas Pensyarah IPGM Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu), Nadzri Nordin (bekas guru dan sekarang usahawan), Nizam (dah bersara).. Al-fatihah... kami hanya melihat kat TV di sekolah (hitam putih) masa perarakan utuk upacara pengkebumian di Makan Pahlawan di Mesjid Negara..dikhabarkan Ketua Botak Chin pun menghantar takziah dan kalungan bunga...betapa sayangnya rakyat pada beliau...kumpulan samseng pun hantar ucapan..masa tu kami tinggal di rumah Mak Som/Pak Wahid...sebenarnya saya nak catatkan sedikit apa yang ditinggalkannya..

Sila lihat Warkah Pengarah dalam lamanweb JPNLabuan

Comments (0)

Post a Comment