Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
6:22 PM

Renungan Sebelum Merancang Keberhasilan 2010

Untuk memperolehi kejayaan dan perubahan kita mesti melakukan tindakan untuk mencapai perubahan bagi kejayaan atau sesuatu yang lebih baik.Kita tidak patut menjadikan alasan situasi dan lokasi atau tempoh masa kita di sesuatu tempat sebagai punca kita tidak boleh membuat kejayaan atau perubahan untuk mengubah keadaan.Kita mesti berpegang kepada konsep masa..hari ini adalah lebih baik dari semalam dan besok adalah lebih baik dari hari ini...orang yang hidupnya pada besok hari lebih buruk dari hari ini atau tidak melakukan perubahan atau penambahbaik adalah orang yang rugi tetapi adalah lebih malang sekiranya hari ini adalah lebih buruk dari hari semalam..jika ini berlaku kita tidak akan berubah malah akan terus mundur dan dikuatiri akan menyebabkan bencana dan malapetaka dalam perkembangan dan pembangunan modal insan.Buatlah lima perkara sebelum datang lima perkara....sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit,muda sebelum tua dan hidup sebelum mati...janganlah bertangguh selagi kita ada idea dan keterbukaan minda serta tenaga ,lakukanlah perubahan dan hasilkan kejayaan.


Bagi mempastikan perancangan dilaksana dengan baik, hubungan dan rasa hati dengan Pengarah,KS,KU,Pengetua ,Guru Besar dan Guru dan Staf mesti sentiasa baik.Kerana hubungan baik dua hala atau pelbagai hala amat penting dalam menentukan perancangan dapat dilaksana dengan berkesan.Tiada menunding jari,bertelagah menegakkan pendirian yang boleh mewujudkan kekecohan dan kekerohan dan ketegangan.Berusahalah melahirkan komunikasi yang murni dalam apa-apa bentuk hubungan.Jamgan ada usaha meletakkan kesalahan dan kegagalan dan kelemahan pada orang lain.Keharmonisan dan perpaduan dan budibahasa patut jadi amalan dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan di Labuan.Bersamalah kita mengembeling tenaga untuk meningkatkan prestasi pencapaian.Berikah idea untuk dikongsi sama dengan orang lain serta terimalah pandangan dan kritikan membina .Biarlah kita sentiasa nampak sama dan sentiasa bersama.Mesti ada kesepaduan dan keserasian dan kesinambungan dalam melaksanakan aktiviti antara SR-SM-Jabatan.Kita boleh pergiatkan konsep Pegawai Angkat ,Sekolah Angkat,Sekolah Contoh,Feeder School,Pegawai Angkat,Kolaborasi Ilmu SM-SR




Kita perlu merancang untuk kebaikan organisasi samaada kita baru ataupun lama disesuatu tempat kita bertugas.Kita perlu menerima seadanya..kelebihan, kekuatan,kekurangan malah kelemahan sebagai satu cabaran.Kita bertugas bukan kerana kita tapi kerana pelajar yang kitalah penentu dan pencorak masa depan mereka.Untuk itu perancangan perlu di rencana secara kolektif bersama dengan semua ahli organisasi.Idea-idea diterima, digarap dan dicanai supaya menjadi sesuatu objek atau peristiwa yang disukai oleh semua orang..ia diguna,dilihat,dicontohi.Dengan cara ini ,aktiviti dan program akan dijalankan secara berpasukan dan dirasai kesepunyaan.Kita tidak sepatut memilih tempat dimana kita suka bertugas.Penetahuan dan pengalaman boleh diguna dimana-mana.Kita perlu menanggap guru dan murid dimana sahaja adalah pelanggan kita yang perlu dilayan dengan baik dan diberikan hak untuk mereka terus maju dan mendapat pembelaan.

Comments (0)

Post a Comment