tag:blogger.com,1999:blog-74556169032768667652024-02-08T07:38:40.824-08:00PENGARAH JABATAN PELAJARAN W.P.LABUANMZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.comBlogger14125tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-11335764700973137992010-02-28T22:33:00.000-08:002010-03-01T23:27:06.755-08:00Arah Tuju Pimpinan Najib amat jelasSebagai satu kebetulan atau sememangnya telah ditakdirkan..salah seorang anak Pejuang Bangsa..Bapa Pembangunan Malaysia telah menerajui kepimpinan negara..bakat dan cara penampilan mungkin nampak berbeza tetapi hala tuju dan semangat juangnya hampir menyamai kekuatan yang ada didalam diri ayahandanya..cara pemikiranya..kesabaran...ketenangan..sifat keperihatinannya..langkah turun padang...muga Malaysia Negara Tanah Air Ku akan mendapat lagi sebutir permata yang akan menerangi rakyat ni dan tempat rakyat berpayung disamping akan teruskan pembangunan tanpa merobak robekkan perpaduan bangsa..1MALAYSIA pasti akan menjadi kenyataan sabagai satu alat yang kuat menyokong pencapaian WAWASAN 2020 ..SIAPA DIA..lihat warkah pengarah dalam laman web JPWPLMZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-63307364870272003202010-02-28T16:08:00.000-08:002010-03-01T23:34:15.472-08:00Tun Razak:Jalannya bertongkat, jasanya tiang NegaraArtikel ini sengaja saya taip semula( tentu dibantu oleh staf yang rajin) semuga sesiapa yang terlepas pandang boleh membaca jasa pemimpin Berjiwa Besar ini.Merupakan satu renungan untuk Kepimpinan Yang Berani dan Berwawasan.Jasanya setinggi gunung dan seluas lautan....

Kepergiannya hampir 34 tahun dahulu saya sama-sama merasai betapa rakyat sangat sayang pada nya dan masih mengharapkan kepimpinannya.Kehilnaganya amat dirasai oleh segenap perusuk ranatau tanah air tercinta.Jalan antara Jerantut-Temerluh pernah aku lalui semata-mata nak bertemu rakan di Kuala Sentul secara lebih cepat..ada jalan lain tapi jauh...Mungkin pembangunan yang dimulakan di Pahang negeri kelahiranya tidak dapat dinikmati bersama rakyat jelata..tapi saya yakin generasi guru seangkatann saya dari MPSI yang ditempatkan di Pahang dapat merasakan pahit getirnya di awal penenpatan sebagai seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah terutama semasa Jengka Segi Tiga mula dan rancak di bangunkan.Kesusahan hidup untuk menyemai bakti pada anak bangsa( mungkin sekarang telah ramai yang berjaya dalam hidup) amat mendalam rasanya bagi menghayati erti perjuamgan .Terlalu emosi untuk dikenang, kenangan silam tapi itulah erti perjuangan yang telah di semai dan ditinggalkan oleh Bapak Pembangunan.Jangan;ah di robohkan tembok perpaduan yang telah dibena hanya semata-mata ingin kan sedikit kuasa yang tak tentu keka. Yang perlu kekal ialah rakyat..biarlah rakyat merasai nikmat pembangunan yang telah di bawa oleh Bapak Pembangunan kita.Banjak lagi bidang lain yang ditinggalkan jasa...marilah kita sedekahkan Al-Fatihah muga Allah menerika rohnya dengan baik..untuk bahan bacaan lanjut sila ke Warkah Pengarah di lamanweb jabatan...KLIK disiniMZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-12642965770908462812010-01-14T15:29:00.000-08:002010-01-21T02:04:12.537-08:00TUN ABDUL RAZAK--SATU KENANGAN DAN LEGASI
Semasa berita pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak Haji Hussein..ketika beliau berada di London kerana berubat penyakit Lukemia...saya dan semua rakyat Malaysia mendapat berita yang Tun akan kembali ke Tanah Air kerana telah sihat...tapi selepas itu diberitakan kepulanganya di tangguhkan...akhirnya kami rakyat Malaysia menerima berita paling menyedihkan iaitu berita kembalinya beliau ke pangkuan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa...DIA penentu segala-galanya...kami guru-guru yang masa itu bertugas di Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Bukit Tajau, Maran, Pahang..amat sedih termasuk Koh Hock Hoi (bekas Pensyarah IPGM Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu), Nadzri Nordin (bekas guru dan sekarang usahawan), Nizam (dah bersara).. Al-fatihah... kami hanya melihat kat TV di sekolah (hitam putih) masa perarakan utuk upacara pengkebumian di Makan Pahlawan di Mesjid Negara..dikhabarkan Ketua Botak Chin pun menghantar takziah dan kalungan bunga...betapa sayangnya rakyat pada beliau...kumpulan samseng pun hantar ucapan..masa tu kami tinggal di rumah Mak Som/Pak Wahid...sebenarnya saya nak catatkan sedikit apa yang ditinggalkannya..
Sila lihat Warkah Pengarah dalam lamanweb JPNLabuanMZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-10205840140104514912010-01-10T02:01:00.000-08:002010-01-21T18:06:46.487-08:00UCAPAN TAHUN BARU 2010
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana kita masih lagi di izinkan oleh ALLAH untuk terus bernafas dan menjalankan tanggungjawab kepadaNYA untuk agama, bangsa dan negara khususnya dalam bidang pendidikan. Jadi realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang kita dapat tidak dipersoalkan.

Disamping itu, jabatan diurus dengan baik melalui pemantauan yang paling minima serta sekolah dipantau dan diurus dengan ikhlas, jujur serta penuh keinsafan bahawa pelanggan utama kita ialah MURID. Gagasan Murid Dahulukan Guru Dijaga dan Kecemerlangan Pencapaian Diutamakan hendaklah dihayati dan direalisasikan sepenuhnya.Sesungguhnya tahun 2010 adalah tahun penuh mencabar kerana dalam kekurangan peruntukan kita masih dituntut melaksanakan semua aktiviti dan program dengan cemerlang bukan saja untuk mencapai visi sekolah dan jabatan bahkan lebih penting bagi melaksanakan GAGASAN 1 MALAYSIA , 6 NKRA DAN 6 NKPI(Sub-NKRA).

Bagi melaksanakan semua gagasan, hasrat kerajaan dan kementerian kita perlu bersedia dengan minda berkualiti yang terbuka disamping berani membuat perubahan dan mengubah diri, hati dan jati diri serta "worldview' lama yang mengongkomg pemikiran dan rasa hati atau yang telah menjadi pegangan hidup.Buangkan semua penyakit hati yang boleh menganggu kelancaran pelaksanaan dasar dan program yang dirancang. Kita sebagai pengurus sama ada di jabatan dan sekolah mesti memastikan bekerja secara kolompok dalam satu pasukan yang padu. Jangan ada perasaan iri hati, dengki dan menunding jari pada orang lain.

Ketua Sektor perlu membawa anak buah kepada hala tuju yang jelas dan bergerak serentak serta melangkah sederap dalam barisan yang lurus lagi rapat bagi memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan. Begitu juga Pengetua dan Guru Besar mesti boleh bekerjasama dengan 3 PK tanpa syak wasangka dan bias serta pilih kasih. Saya beri tempoh sehingga hujung bulan Januari untuk memastikan semua hubungan baik mesti ada. Pengetua dan Guru Besar adalah ketua di sekolah dan PK adalah pembantu. Fungsi dan peranan ini adalah jelas. Pemimpin mesti membawa anak buah ke satu hala tuju yang jelas dan betul.

Laporan mesti sampai pada saya pada minggu pertama bulan Februari jika tiada kesesuaian atau masih bergaduh ( secara terang atau secara diam2...sebotaj) dan bermasam muka, kita akan cuba buat perubahan atau jika tidak kita akan cadangkan jawatan itu dilepaskan dan beri pada orang lain dan PK patut ada Bai'ah dengan Pegetua dan Guru Besar. Kita bekerja sebagai satu ibadah pada Allah tapi bagaimana dalam melaksanakan ibadah ada perasaan sombong, dengki, irihati , takbur, banga diri dan lain-lain sifat hati yang tak baik. Matlamat kita adalah kejayaan dan kepentingan murid bukan kepentingan diri kita sendiri atau kelompok individu tertentu. Bekerjalah dengan harmonis dan penuh kegembiraan.

Jika kita imbas tahun 2009 banyak kejayaan dan banyak juga kegagalan kita mencapai matlamat.Tahniah pada sekolah yang telah berjaya mencapai matlamat sekolah mahupun mengangkat nama Labuan di peringkat kebangsaan. Bagi yang tidak mencapai matlamat berusaha lebih gigih lagi dan jadikanlah ia sebagai ikhtibar atau pengajaran dalam usaha kita meneruskan perjalanan bagi mencapai kecemerlangan 2010. Perjalanan adalah satu perjuangan..untuk berjaya dalam perjuangan kita mesti cukup ilmu kemahiran dan persediaan yang mantap dan mapan...tak boleh sambil lewa...macam melepaskan batuk ditangga...kegagalan murid adalah tanggungjawab pemimpin sekolah maka uruslah sekolah dengan betul.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pemimpin dan guru di sekolah serta staf sokongan yang telah berusaha untuk memastikan kecemerlangan dan kemenjadian anak didik terutama didalam peperiksaan UPSR dan PMR yang baru sahaja tak sampai sebulan di umumkan. Banyak lagi yang kita perlu lakukan maka lakukanlah bersama-sama warga sekolah.

Sebagai satu pasukan sokong menyokong dan perlu memerlukan ..ibarat aur dengan tebing...ibarat satu kapal satu nahkoda...apalah guna bunga tanpa haruman dan apalah guna irama tanpa lagu..berkasih sayanglah...umpama kasih Adam dan Hawa ...percaya mempercayai...wujudkan perpaduan ukwah yang kental dalam menguruskan sekolah dan melaksanakan program yang dirancang...marilah kita menjadi umpama bulan dan matahari pada anak didik yang sentiasa menerang dan memanas diwaktu saat dan ketika yang sesuai...guru tetap menjadi penyuluh dan kita tak mahu murid kita umpama bunga kembang tak jadi.

Tahun 2010 kita akan memberikan tumpuan kepada usaha mencapai hasrat dan cita-cita bagi dihadiahkan pada murid yang masih dahagakan kecemerlangan walaupun dalam serba kekurangan bagi merealisasikan hasrat itu kita mesti.

Cepat merancang bagi mencapai 4 bidang utama dengan menggunakan teori-teori dalam Blue Ocean Strategi, Kepimpinan 360 Darjah dan ilmu kepimpinan lain yang telah diberi dan didapati disamping pengalaman sedia ada...Akademik,Ko-kurikulum, Kemenjadian Murid dan Pengurusan dan Kepimpinan.

Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia dengan memahami nilai-nilai murni dan nilai aspirasi yang terdapat didalamnya. Pemimpin perlu membantu anak buah memahami dan membawa mereka bagi melaksanakannya disamping memantapkan kefahaman di kalangan murid melalui kepelbagaian aktiviti.

Mencapai kecemerlangan akademik samada bagi mata pelajaran peperiksaan mahupun bukan peperiksaan melalui penggunaan Head Count yang lebih mantap dan menyeluruh bagi meningkatkan kelulusan keseluruhan, kualiti mata pelajaran dan GPS.

Ko-kurikulum sebagai asas memperkasakan disiplin dan mengamalkan adab/tatasusila perlakuan hidup disamping memantapkan pelaksanaan Slogan Budi Bahasa Budaya Kita sebagai budaya sekolah dan luar sekolah.

Perkukuhkan pengurusan kewangan, pembangunan dan pengurusan sekolah dengan meningkatkan peratusan dan pencapaian SKPM dalam meningkatkan ranking sekolah .Bia'ah Pengetua dan Guru Besar merupakan suatu yang amat penting dilaksanakan mengikut ukuran standard yang ditetapkan bagi melonjakkan tahap kepimpinan dan ranking sekolah.

Melaksanakan penyelidikan bagi meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam pengurusan, aktiviti murid dan PnP melibatkan semua peringkat murid dan guru serta pentadbir disamping meningkatkan penggunaaan pemikiran kritis dengan menggalakkan aktiviti penggunaan minda berkualiti.

Memahami prinsip asas NKRA dan NKPI KPM serta melaksanakan bagi melahirkan input dan output pada tempoh masa yang singkat dari yang ditetapkan oleh kerajaan. Semua guru mesti terlibat dalam melaksanakannya melalui aktiviti yang sesuai bagi semua matapelajaran yang melibatkan murid Prasekolah,LINUS disamping murid yang masih gagal 3m dan Pendidikan Khas serta pemulihan terus diberikan tumpuan agar mereka terus terbela.

Menjadikan persekitaran luar dan dalam sekolah lebih selesa dan bermakna untuk pembelajaran murid di samping memantapkan 3K.

Memastikan matlamat PIPP tercapai seperti yang dirancang.

Memantapkan pengurusan dan pentadbiran jabatan sebagai persediaan mencapai Visi Jabatan Cemerlang pada 2011 dalam semua bidang.

Sebagai penutup kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadi pemangkin jabatan dan sekolah kita boleh bergerak. Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan jabatan -jabatan lain di Labuan dan JPN lain. Semoga 2010 akan lebih cemerlang dan marilah kita sama-sama mengharungi cabaran dan rintang ,onak dan duri yang mungkin akan mendatangi kita semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita kepada anak bangsa dan pelanggan .InsyAllah saya akan tetap dan terus mencari jalan menjaga kebajikan semua warga pendidik di Labuan.

Maaf sekiranya dalam tempoh setahun lalu ada yang menyebabkan terasa hati atau tersentuh perasaan samada melalui perkataan ataupun perbuatan. Selamat menjalankan tugas dengan azam cemerlang.

Sekian, terima kasih
MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-15630015367941663462010-01-05T06:43:00.000-08:002010-01-21T18:58:36.791-08:00BANGKIT LEBIH AMPUH
Dalam Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri berharap ekonomi Malaysia akan bangkit dengan lebih ampuh dan positif...bukan semata untuk pulih bahkan mengambil peluang untuk meletakkan asas-asas kukuh bagi kemakmuran dan masa depan negara dengan pembaharuan yang berterusan serta perlu meningkat dalam rantaian nilai ekonomi global.

Merintis jalan ke hadapan bererti mewujudkan ekonomi berteraskan pengetahuan dan digerakkan oleh daya kreativiti, inovasi serta nilai tambah yang tinggi. Oleh itu dua inisiatif baru akan digunakan iaitu melalui model ekonomi baru yang akan menjadi panduan hala tuju pembangunan negara menuju 2020 dan tahun-tahun berikutnya dan kedua ialah strategi melelui RMK 10..kejayaan pelaksanan memerlukan peranan proaktif setiap rakyat malaysia disamping membuat pilihan yang bijaksana...kejayaan adalah bergantung kepada modal insan dan bukan pada sumber alam semata-mata...berilmu, semangat keusahawanan waja.

Seluruh rakyat perlu bergerak kehadapan dan bersama bagi mengharungi ranjau dan onak bagi mencapai kejayaan...memerlukan rakyat yang bijak,berbakat dan bersemangat tinggi.Bersama penuh optimis bagi membawa kemakmuran,keselamatan,kesihatan dan tuan untuk rakyat...sama-sama menjulang nama Malaysia

Melaui 1 Malaysia.. Malaysia lebih cemerlang melalui penggabungan serta memupuk idea, bakat,inisiatif dan semangat seluruh rakyat tanpa mengenal batas dan latarbelakang...sumbangan semua rakyat adalah mustahak...alangkah ruginya sekiranya bakat yang ada tidak digunakan bagi kemakmuran negara tercinta ini.
MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-91594749651547947232010-01-05T06:02:00.000-08:002010-01-05T06:09:21.108-08:00KELESTARIAN PENDIDIKAN-1M-NKRA-NKPIKERTAS UCAP UTAMA SEMPENA LAWATAN KERJA KE RIAU INDONISIA
TAJUK:KELESTARIAN PENDIDIKAN KAITAN DENGAN GAGASAN BARU KERAJAAN PIMPINAN YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,PERDANA MENTERI KE 6

Kertas ini merupakan pandangan saya sebagai rakyat Malaysia dan yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan hampir 33 tahun.Adalah satu tanggungajab saya memahami hasrat kerajaan dan cuba menterjemahkan agar ia dapat dirialisasikan dan diterapkan pada guru dan murid.
Dalam kertas ini saya akan cuba mengaitkan berdasarkan persepsi (pandangan dan pendapat) mudah sebagai penjawat awam yang meneraju kepimpinan pendidikan di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan , Wilayah Persekutuan,Malaysia.
Tiga perkara yang akan dilihat adalah seperti berikut:
· Gagasan 1Malaysia , Rakyat Didahulukan, Pencapaian du Utamakan
· Bidang Keberhasilan Utama Negara(National Key Result Areas(NKRA)
· Bidang Pencapaian.Petunjuk Utama Kementerian Pendidikan Malaysia(National Keys Performance Indicators(NKPI)
Gagasan !MALAYSIA dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika mula menerajui kepimpinan Malaysia .Ia sebagai satu panduan untuk rakyat bergerak kearah pembentukan satu Negara Bangsa yang utuh.Sebenarnya 1M bukan lah satu yang baru bahkan ia adalah satu reality kontemporari yang perlu disokong oleh setiap rakyat Malaysia kerana ia mengangkat prinsip Rukun Negara dan Asas Perlembagaan
PRINSIP RUKUN NEGARA
· Kepercayaan Pada Tuhan
· Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
· Keluhuran Perlembagaan
· Kedaulatan Undang-undang
· Kesopanan Dan Kesusilaan
Usaha ini adalah selari dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk terus berusaha memupuk perpaduan nasional yang telah diusahakan sejak lebih lima dekat kemerdekaan Negara.Ia menuntut rakyat bersatu, berkongsi rahmat dan tanggungjawab terhadap tanah air dan memainkan peranan masing-masing jika ingin kedamaian abadi.Kearah ini rakyat Malaysia amat beruntung kerana mempunyi kejituan fizikal,ekonomi dan pemimpin yang berani dan berpandangan jauh.
Kerajaan Malaysia sentiasa mencuba mempastikan keselamatan, keamanan dan kemakmuran Negara menjadi focus utama pentadbiranya dengan mengetengahkan para pemimpin yang berkesan, berkebolehan dan berwibawa.Memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan melaksanakan tugas dengan efisian dan efektif sejajar dengan harapan rakyat.
Sebenarnya dengan keamanan dan perpaduan yang dipupuk rakyat Malaysia dapat menikmati segala kemajuan yang telah sedang dan akan di laksanakan.Pembinaan Negara Bangsa dan bersatu padu bagi Negara Malaysia yang berbagai kaum amat bergantung kepada keutuhan, perkongsian nilai dan semangat petriotisme yang dipupuk dikalangan rakyat.Sekira semua rakyat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hidup bersama, berkongsi masa depan yang sama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, perpaduan akan dapat dikukuhkan
Apa yang dinekmati perlu terus dipelihara oleh generasi sekarang dan diperturukan ke jenerasi akan datang.Generasi muda perwaris bangsa dan modal insan penentu kesinambungan khazanah negara.Jadi sebagai satu institusi yang bertanggungjawab terhadap usaha pembinaan Negara Bangsa dan membangunkan modal insan, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha gigih bagi mencapai matlamat memantapkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan generasi muda sejak awal-awal zaman persekolahan.Usaha ini dilakukan melalui program yang dikenali sebagai Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dianggap sebagai jambatan intergrasi dan keharmonian antara kaum dan diharap dapat mencapai hasrat 1MALAYSIA.
Marilah, sebelum kita jauh melangkah mempaparkan peranan pendidik menjayakan IM, kita lihat apa dia IM.
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbagai kaum,berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj.Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia.
1M digagaskan berasaskan kepada dua aspek utama iaitu Penerapan Teras-teras Perpaduan dan Penerapan Nilai-nilai Aspirasi.Aspek Pertama menerangkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia.Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dikalangan rakyat berbilang kaum.Teras perpaduan ini didokong oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia,Disamping Aspek Kedua pula digagaskan melalui nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu Negara kearah mencapai status Negara maju.Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan warga tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing.Ini akan dapat melonjakkan kedudukan ekonomi Negara ke tahap yang lebih kokoh dan matang.
Melalui teras-teras perpaduan, nilai berikut diberikan keutamaan iaitu nilai penerimaan keunikan kaum lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu Negara.Iaitu meningkatkan sikap toleransi.Disamping itu prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara terus dipupuk melalui pemahaman dan pengamalan dalam kehidupan.Keadilan sosial pula menampilkan semua penduduk dibela dan tiada yang terpinggir dengan mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza.Dasar-dasar kerajaan dan peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan akan tetap dilaksanakan.Disamping itu nilai-nilai murni bagi meningkatkan perpaduan terus dipergiat dan ditingkatkan seperti nilai hormat menghormati,rendah diri,kesederhanaan dan berbudi bahasa.
Nilai-nilai Aspirasi Negara dan rakyat digunakan bagi mempastikan gagasan IM dapat dirialisasikan iaitu budaya berprestasi tinggi,budaya ketepatan,budaya ilmu,integrity,ketabahan,kesetiaan,kebijaksanaan dan budaya inovasi.
Merujuk kepada kedua aspek nilai dalam 1M Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju mengambil pendekatan penerapan dan pengamalan nilai-nilai melalui kegiatan Kokurikulum( iatu satu aktiviti luar kelas sebagai pengukuhan nilai dan kemahiran sosial yang dipelajari dalam kelas secara formal melalui beberapa mata pelajaran) iaitu bagi memantapkan dan transformasi aktiviti kokurikulum sediada,merangkumi penyatuan kaum,kasih saying,cintakan Negara dan pembinaan Negara bangsa tanpa menyentuh sensitivity perkauman , agama dan politik dan menjana pembangunan modal insan secara holistic kearah 1MALAYSIA.Rakyat Malaysia diyakini akan menjana satu transformasi ketara kearah sebuah Negara Malaysia yang maju, didukungi oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi martabatnya pada pandangan dunia.
Untuk memantapkan lagi penerimaan rakyat pada konsep ini , kepimpinan Negara telah mengemukakan janji pada rakyat melalui apa yang dikenali sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara(National Key Result Areas-NKRA) yang antara lain;
“Lantas , hari ini saya akan meletakkan KPI kepada 8 jurusan NKRA tersebut.Untuk setiap NKRA akan dikenalpasti KPI-KPI dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur.Dengan adanya KPI ini , maka segala prosedur akan dikemaskini,segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembeling dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan”YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ,Perdana Menteri Malaysia(21 Julai 2009)
Enam NKRA telah dibentuk bagi mencapai cita-cita dan slogan 1MALAYSIA
1. Mengurangkan Kadar Jenayah
Mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir 2010
2. Memerangi Rasuah
Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah
3. Memperluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Pendidikan Prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluaskan akses pendidikan berkualiti
4. Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
Membenteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010
5. Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
Peruntukan RM 10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik selain baikpulih 50,000 rumah menjelang 2012
6. Menambahbaik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana
Menetapkan 25% penduduk Lembah Kelang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012

Jika kita lihat dan teliti banyak elemen dan aspek yang boleh dimainkan oleh bidang pendidikan bagi menjayakan matlamat NKRA diwujudkan. Kita sebagai pendidik dan pentadbiran pendidikan bebas mentafsir kerana ia suatu bidang yang amat luas.Bagaimana kita dapat mentafsir dan mencari jalan merialisasikan supaya hasinya dapat digunapakai oleh guru pada tahap pemikiran yang diselaras seterusnya dimanafaatkan oleh murid bagi pencapaian yang berkualiti dan memberikan kepuasan pada pelanggan secara amnya.
Bagi memperlihatkan perana Kementerian Pealajaran Malaysia(KPM) , National Key Performance Indicator(NKPI) telah diwujudkan khusus berasaskan NKRA yang Ke 3.Iaitu Memperluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.Dimana sasaran awal, Pendidikan Prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti.Untuk lebih dapat memperlihatkan peranan alam pendidikan kearah keberhasilanya, mari kita lihat pecahan NKPI yang dimaksudkan tadi.
NKPI 1
§ Meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta daLam Sistem Pendidikan Kebangsaan
NKRA 2
§ Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi(LINUS) selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
NKRA 3
§ Membangunkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi
NKRA 4
§ New Deals/Bai’ah untuk Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Performance- Base Assessment
NKRA 5
§ Meningkatkan penyertaan pelajar sebanyak 100% dalam aliran Vokasional dan Kemahiran
NKRA 6
§ Semua sekolah mendapat bekalan elektrik 24 jam pada akhir tahun 2011

Sebagai kesimpulan, semua aspek slogan perpaduan dan pembangunan untuk rakyat selari dengan konsep 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN akan mudah dirialisasikan pelaksanaan dan dicapai matlamatnya sekira semua rakyat memahami dan komited untuk sama-sama bergerak melakukan trasformasi ini.Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyi prasarana asas yang cukup untuk membantu dan sama bergerak mencapai matlamat bagi kesejasteraan rakyat pada peringkat seawal tahap persekolahan.Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 amat membantu menjayakan gagasan dan konsep baru ini disamping mematuhi Empat Rukun melakukan perubahan dan pembaharuan yang di war-warkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajara Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Bin Hj Mohd Yasin iaitu melalui kesatuan minda(wahdatul fikr),dihayati dengan kesatuan hati(wahdatul qalb),bergerak dengan kesatuan amal( wahdatul amal) dan menuju kesatuan matlamat(wahdatul hadaf).

Sekian, terima kasihMZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-82375098431500385952009-12-07T05:20:00.000-08:002010-01-21T19:10:23.985-08:00Sekawan Kambing
Saya telah pergi melawat ladang kambing rakan pada minggu kedua cuti sekolah...selepas bermain dengan kambing kami makan nasi berlauk sup cendawan...kandang kambing bersih dan tak ada bau busuk...sungguh menyelerakan...tuan kambing yang belanja..dia dan isteri-isterinya turut sama...tak gaduh pun...keduanya redha dan tulah agaknya mendapat keberkatan....yang syoknya kambing jinak dan boleh beri makan dedak/baja di atas tapak tangan...ada kambing bapak(baka boer) , emaknya(baka boer), anak( dilahirkan hasil pergaulan terlarang antara bapak dan emak. tapi pergaulannya telah direstui oleh tuannya dan pejabat haiwan...anak sahlah tu..dan anak kambing tempatan...moga ia akan kahwin campur...tentu comel dan muka cantik dan hidung mancung ...ada yang garang..jadi ketualah gamaknya..tapi tidak pandai gaduh...gurau-gurau adalah...yang seekor teperosok di kandang kerana baru melahirkan anak...macam anak tak menyusu..tuan kambing cuba beri susu tapi tak nak...bila periksa si baby putih dah disusui oleh emaknya tapi tuan kambing tak perasan..emak kambing(bapak tak tahu yang mana) ada perasaan malu...ada orang tak mahu beri susu anak....yang nak saya cerita selepas ini lebih menarik...nak tahu..tunggu selepas ini..bila dah petang kambing patut masuk kandang...tak payah..disiplinnya kuat..penuh tertib..bila dijerit..balik...balik...balik..semuanya melompat-lompat meninggalkan kawasan ladang dan terus berbaris...yang kecil dulu yang besar belakang dan terus masuk kedalam kandang tanpa meyeleweng ketempat lain yang ada makanan...hebat itu sekawan kambing...bila masuk kandang diorang tahu masuk kompatmen masing-masing yang telah ditetapkan oleh tuan si gembala kambing...saya teringat kesah gembala kambing ini ..ramai Nabi dan Rasul kita adalah gembala kambing asal pekerjaanya....apakah rahmat dan hikmahnya yang Allah nak beri dan tunjukkan kepada kita...jumpa lagi di cerita lain..
MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-14595881958466471382009-11-28T16:44:00.000-08:002010-01-21T19:14:42.006-08:00Tumpuan Perancangan Bagi Keberhasilan 2010Sekolah Menengah

Mencapai Visi

Pencapaian Cemerlang PMR,SPM dan STPM..penggunaan Headcount yang berkesan

Kemahiran Asas 3M dan Tapisan Pelajar Tingkatan 1

Kesungguhan Menyediakan Penilaian Berkualiti

Pemantapan Kokurikulum Sebagai Asas Peneguhan Displin

Kemenjadian Murid dan Penglibatan PIBG

Pengurusan Sumber Manusia(Guru dan Staf)

Pengurusan Kewangan dan Pembangunan(Audit)

Penguatkuasaan Penyediaan dan Penggunaan Buku Rekod Mengajar Guru

Penguatkuasaan Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan

Penambahbaik Program 2009

Perbanyakan R& D , Inovasi dan Kreativiti dalam P&P ,Kokurikulum dan Pentadbiran

Sekolah Rendah

Mencapai Visi

Kecemerlangan UPSR

Kemahiran 3M dan LINUS serta Tapisan Pelajar Tahun 1

Memperkasakan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pemulihan

Penilaian Semua Matapelajaran secara berkesan

Pemantapan Displin melaluk aktiviti kokurikulum

Kemenjadian Murid Secara menyeluruh dan Penglibatan PIBG

Pengurusan Sumber Manusia(Guru dan Staf)

Pengurusan Kewangan dan Pembangunan

Penguatkuasaan Penyediaan dan penggunaan Buku Rekod Mengajar

Penguatkuasaan Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan

Penambahbaik Program 2009

Perbanyakan R&D,Inovasi dan Kreativiti Dalam P&P,Kokurikulum dan Pentadbiran

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

AKADEMIK

KOKURIKULUM

SUMBER MANUSIA

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH

KEMENJADIAN MURID

JABATAN PELAJARAN

Mempastikan Pelaksanaan NKRA/NKPI KPM dan VIsi Jabatan

Pemantauan Program Bagi Menjamin Keberhasilan

Pemantapan Perancangan dan Pelaksanaan Akademik dan Kokurikulum bagi Mempastikan Objektif Tercapai.Perbanyakan Pemantauan dan Hubungan Dengan Sekolah

ada lagi.......

MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-46639654976292714442009-11-27T18:22:00.000-08:002010-01-21T22:59:41.406-08:00Renungan Sebelum Merancang Keberhasilan 2010Untuk memperolehi kejayaan dan perubahan kita mesti melakukan tindakan untuk mencapai perubahan bagi kejayaan atau sesuatu yang lebih baik.Kita tidak patut menjadikan alasan situasi dan lokasi atau tempoh masa kita di sesuatu tempat sebagai punca kita tidak boleh membuat kejayaan atau perubahan untuk mengubah keadaan.Kita mesti berpegang kepada konsep masa..hari ini adalah lebih baik dari semalam dan besok adalah lebih baik dari hari ini...orang yang hidupnya pada besok hari lebih buruk dari hari ini atau tidak melakukan perubahan atau penambahbaik adalah orang yang rugi tetapi adalah lebih malang sekiranya hari ini adalah lebih buruk dari hari semalam..jika ini berlaku kita tidak akan berubah malah akan terus mundur dan dikuatiri akan menyebabkan bencana dan malapetaka dalam perkembangan dan pembangunan modal insan.Buatlah lima perkara sebelum datang lima perkara....sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit,muda sebelum tua dan hidup sebelum mati...janganlah bertangguh selagi kita ada idea dan keterbukaan minda serta tenaga ,lakukanlah perubahan dan hasilkan kejayaan.

Bagi mempastikan perancangan dilaksana dengan baik, hubungan dan rasa hati dengan Pengarah,KS,KU,Pengetua ,Guru Besar dan Guru dan Staf mesti sentiasa baik.Kerana hubungan baik dua hala atau pelbagai hala amat penting dalam menentukan perancangan dapat dilaksana dengan berkesan.Tiada menunding jari,bertelagah menegakkan pendirian yang boleh mewujudkan kekecohan dan kekerohan dan ketegangan.Berusahalah melahirkan komunikasi yang murni dalam apa-apa bentuk hubungan.Jamgan ada usaha meletakkan kesalahan dan kegagalan dan kelemahan pada orang lain.Keharmonisan dan perpaduan dan budibahasa patut jadi amalan dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan di Labuan.Bersamalah kita mengembeling tenaga untuk meningkatkan prestasi pencapaian.Berikah idea untuk dikongsi sama dengan orang lain serta terimalah pandangan dan kritikan membina .Biarlah kita sentiasa nampak sama dan sentiasa bersama.Mesti ada kesepaduan dan keserasian dan kesinambungan dalam melaksanakan aktiviti antara SR-SM-Jabatan.Kita boleh pergiatkan konsep Pegawai Angkat ,Sekolah Angkat,Sekolah Contoh,Feeder School,Pegawai Angkat,Kolaborasi Ilmu SM-SR

Kita perlu merancang untuk kebaikan organisasi samaada kita baru ataupun lama disesuatu tempat kita bertugas.Kita perlu menerima seadanya..kelebihan, kekuatan,kekurangan malah kelemahan sebagai satu cabaran.Kita bertugas bukan kerana kita tapi kerana pelajar yang kitalah penentu dan pencorak masa depan mereka.Untuk itu perancangan perlu di rencana secara kolektif bersama dengan semua ahli organisasi.Idea-idea diterima, digarap dan dicanai supaya menjadi sesuatu objek atau peristiwa yang disukai oleh semua orang..ia diguna,dilihat,dicontohi.Dengan cara ini ,aktiviti dan program akan dijalankan secara berpasukan dan dirasai kesepunyaan.Kita tidak sepatut memilih tempat dimana kita suka bertugas.Penetahuan dan pengalaman boleh diguna dimana-mana.Kita perlu menanggap guru dan murid dimana sahaja adalah pelanggan kita yang perlu dilayan dengan baik dan diberikan hak untuk mereka terus maju dan mendapat pembelaan.
MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-10175321412402075152009-11-06T00:10:00.000-08:002010-01-21T22:38:51.893-08:00Berkorban-Internet-Kasih Sayang-Pengorbanan
Hari ini (4.12.09)saya baru balik ke Labuan setelah seminggu meninggalkan Pulau yang aman dan indah ini.Banyak pengalaman ditimba di Putrajaya,Kota Kinabalu dan Tawau.

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.. banyak lembu terkorban dan dikorbankan(tapi jika di Rembau tempat saya kerbau yang banyak menjadi korban).Semasa saya di Masjid Kerupang..tak ramai yang mahir melakukan proses KORBAN.( saya juga kekok untuk membantu kerana dah lama tidak menolong sejak meninggalkan kampung 20 tahun dahulu.moga akan ada pelapis dikalangan belia mengganti mereka yang veteran.Tak ramai belia yang sama-sama memerhatikan.Harap Yang Dipertua Majlis Belia Labuan ambil perhatian perkara ini.Tapi sebenarnya saya nak cerita yang ini. Iaitu tentang ramai kita mengorbankan masa depan TV, depan komputer kerana melihat bola ,filem hindustan atau lain-lain drama/film yang menarik atau melihat internet(tengok berita,citcet,facebook,blog),main video game..dengan tekun dan kadang-kadang marah bila diganggu..malah jika ibubapa tegur pun akan menarik masa masam...mengapakah kita tidak pandai memberikan kasih sayang kita pada ibu dan ayah sebagai mana kita asyik dan sayang pada ketekunan kita pada perkara lain.apakah pengorbanan ibu bapa selama ini tak cukup untuk kita membalas kembali sapaan dan suruhan mereka dengan penuh kasih sayang...Budi Bahasa Amalan Kita...hanya satu slogan dan nyanyian..kita guru wajib mengajar anak-anak didik kita dengan perasaan kasih sayang..bagaimana mendapatkan kasih sayang dan bagaimana kasih sayang boleh diberi pada yang berhak...kasih sayang patut diberikan pada mereka yang pernah berkorban pada kita tidak kira dalam apa bentuk sekali pun.. atau sebesar mana sekalipun waima sebesar zahrah/atom...pengorbanan wajib di balas dengan kasih sayang..anak yang kasih pada ibubapa wajib menjaga denyut nadi dan perasaan dan air muka ibu bapa...murid yang rasa guru telah berkorban untuk mereka(sepatutnya mengaku guru telah berkorban)..balaslah dengan kecemerlangan akademik dan kemenjadian diri murid...guru yang merasa Guru Besar/Pengetua telah berkorban wajar menjalankan tugas guru dengan cemerlang.......yang lain fikirlah sendiri....pokoknya pengorbanan mesti dibalas dengan penuh kasih sayang...sayangilah ibubapa kita kerana pengorbanan mereka...bekerjalah kerana ia ibadah yang dijanjikan pahala dan akan sampai juga pada ibubapa kita...kasihanilah negara,bangsa dan agama kerana ia telah berkorban untuk kita.Tapi benarkah kita telah melakukan pengorbanan bagi mencapai satu -satu visi dan tugas yang cemerlang..sebenarnya PERISTIWA KORBAN antara Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail serta kisah pengorbanan anak dan isteri-isteri Nabi Allah Ibrahim banyak sungguh pengajaran sekiranya jika kita mahu berfikir dan membaca...cubalah berfikir secara berkualiti demi melakukan pengorbanan.
MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-87696671699432347712009-09-15T13:02:00.000-07:002010-01-21T22:49:09.837-08:0016 September dan 1Malaysia
16 September menjadi tarikh penting selain 31 Ogos bagi semua rakyat Malysia yang patriotik dan sayangkan agama, bangsa dan negara serta peninggalan watan terdahulu.Mereka berjuang untuk mendapatkan peristiwa di tarikh tersebut.Siapa pejuang dan siapa penderhaka.

16 September 1963 merupakan keputusan rakyat yang ingin maju bersama bangsa lain disamping memperkukuhkan perpaduan.Walaupun ditentang oleh Indonesia melalui propaganda konfrantasi Sukarno(Bong Karno) yang kemudiannya Singapura di"singkirkan" kerana kerenah dan kerakusan pemikiran yang mabuk kuasa pemimpinnya.

Sepatutnya 16 September menjadi asas yang kukuh bagi kita merealisasikan 1Malaysia.Ia bukan tarikh untuk mereka menjahanamkan negara tercinta yang telah dibentuk berlandaskan Kontrak Sosial dan Demokrasi Berpelembagaan dengan Prinsip Rukun Negara menjadi panduan dan pegangan dalam meneruskan agenda kenegaraan.Agenda membina NEGARA BANGSA.

Kita boleh meneruskan perjuangan mengisi kemerdekaan melalui kaedah kita sendiri,boleh mengkritik dan bersuara bebas tapi bukan sampai menyusahkan orang lain,jangan kita saja yang betul.Apapun kaedah kita meneruskan perjuangan bangsa jangan sampai merosak dan merugikan agama, bangsa dan watan.Kita perlu menegakkan keadilan menerusi prinsip keadilan tanpa penindasan fizikal dan psikologi samada ia kecil, besar, kaya, miskin mahupun penghuni bandar, kampung,luar bandar,pedalaman, pulau,hulu dan persisir pantai juga laut.Juga walaupun ia cerdik,bodoh,dungu ataupun mereka Orang Kurang Upaya.

Marilah kita tanam semangat kental menyayangi negara..berjuang mencari kuasa dengan cara sendiri tapi matlamat adalah untuk kebahagian dan kemakmuran serta perpaduan rakyat demi keutuhan bumi tercinta.Kita bersatu berganding bahu sekita diancam oleh anasir luar.Jangan pula kita bersubahat.

Kita memupuk kedamaian dan perpaduan melalui sistem pendidikan negara yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan...kita adakan Pendidikan Kewargenagaraan.Sivik ...kita adakan RIMUP..budak-budak kita elok bergaul dan beraktiviti....tapi siapa sebenarnya penyebar perpecahan...yang penyebab rakyat kita dikatakan perpaduan semakin tipis....
MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-58002586295499655872009-09-06T08:16:00.000-07:002010-01-21T17:04:35.900-08:001 MALAYSIA1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang lagi maha Mengasihani.

Bertemu sekali lagi dalam bicara minda.

Sebagai pendidik bagaimana kita melihat gagasan 1 MALAYSIA dan sebagai pemulaan saya menerangkan konsep asas gagasan yang telah di war-warkan oleh YAM Perdana Menteri Malaysia ke 6 yang kita sayangi, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 16 April 2009.

Saya amat yakin pada merealisasikan gagasan yang besar dan saya percaya ia bukan satu retorik politik tetapi ia satu panduan dan akan jadi pegangan semua penduduk Malaysia dan dijadikan satu kepunyaan bersama bagi melahirkan sebuah negara yang kuat berpadu ibarat seketuk besi waja dan bermaruah serta berdaulat demi anak bangsa pewaris generasi mapan.MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Sayang keranji di tengah halaman
Disangka tidak berbuah lagi
Sudah berjanji berpegang tangan
Diharap tidak berubah hati

1 M dibentuk berasaskan kepada 3 TERAS PERPADUAN DAN 8 NILAI ASPIRASI

3 Teras Perpaduan

Prinsip Penerimaan

Prinsip Kenegaraan

Prinsip Keadilan Sosial

8 Nilai Aspirasi

Budaya Cemerlang

Ketabahan

Rendah Diri

Penerimaan

Kesetiaan

Meritokrasi

Pendidikan

Integrasi

(untuk teks penuh sila layari http://www.1malaysia.com.my/ atau dapatkan Risalah 1 Malaysia keluaran Jabatan Perdana Menteri atau Majalah Sinar Mentari terbitan Jabatan Penerangan Malaysia)

Saya akan tafsir berdasar kefahaman positif saya dan menterjemahkan kepada amalan dunia pendidikan khususnya pendidikan di Labuan. Selamat berjumpa, selamat mentafsir dan menterjemahkan.

Biar nasi terbuang, jangan periuk pecah...apa tafsiranya dan bagaimana ia berkait dengan 1Malaysia
MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-56181014095402190572009-09-06T07:58:00.000-07:002010-01-21T22:53:01.035-08:00PENGUASAAN 3M
Selamat datang ke blog saya semoga kita dapat berkongsi maklumat tentang isu-isu semasa terutama berkaitan dengan pendidikan.

Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa dan meneruskanya dengan penuh ketabahan kesabaran dan keredaan.Semoga lebaran yang kita akan sambut akan benar-benar merupakan satu kemenangan dalam erti kata sebenar.

Kepada semua warga pendidik saya amat berharap Ramadhan tahun ini akan mewujudkan keinsafan kepada kita untuk terus memberikan perkhidmatan penuh cemerlang bagi menentukan kemenjadian pelajar.Tanamkan perasaan belas dan penuh kasih sayang ketika mendidik.Saya percaya hasrat KPI KPM semua murid sekolah rendah boleh menguasai 3M sebelum mereka meninggalkan Tahap 1 persekolahan.Adalah satu "dosa" kepada kita sekiranya kita lahirkan anak-anak yang tidak menguasai 3M( mantan KPPM.YBhg Dato Ahamat Sipon)
MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7455616903276866765.post-87727573747351229532009-09-03T22:59:00.000-07:002009-11-27T18:22:33.064-08:00Bidang Keberhasilan Negara(NKRA)Ia amat perlu difahami supaya ia tidak menjadi retorik tapi satu realiti dalam pengurusan pendidikan.Kita bawa ilmu sebagai peluru untuk anak-anak kita berjuang menentukan masa depan mereka.Kita pastikan ilmu yang kita curahkan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang serta keikhlasan( merestukan ilmu yang kita curah digunakan oleh anak-anak tersayang)dapat mencorak kehidupan masa depan yang cemerlang dan dapat menghadapi sebarang halangan dan kesukaran bagi menjadi manusia yang berkhidmat pada bangsa negara dan agama.

Kita guru berjuang untuk melahirkan modal insan seimbang dan kita tidak boleh gagal kerana kelak bukan saja anak-anak menjadi mangsa bagkan kesan besar pada negara tercinta.

Dalam peperangan tentera pergi berjuang bukan untuk dibunuh tapi untuk membunuh musuh.Bagaimana perjuangan kita.......

Sebagai penjawat awam kita sepatutnya akur dan terus memperjuangkan serta melaksanakan dasar-dasar yang dibawa oleh kepimpinan negara.Jika kita tidak setuju pada prinsip akan dasar yang dibawa kita patut keluar dari sistem yang sedang diamalkan.

Apakah kita guru-guru Labuan telah memahami dan bersedia untuk meneruskan perjuagan dan agenda Jabatan Pelajaran Labuan selaras dengan hasrat dan dasar serta selogan yang diwar-warkan oleh kerajaan semasa.Atau terus dengan dasar hanya diri sendiri yang betul dan kesilapan dan kelemahan kerana orang lain.

Marilah kita sama-sama menghayati dan merenung serta menggunakan minda yang berkualiti dengan menggunakan kemahiran berfikir.Kita halusi secara profesional , kita olah dan kita laksanakan.Cuba kita bawa diri ita berfikir dan carilah nilai positif.

Ucapan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia yang prograsif dan kita kasihi semasa Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC di Dewan Plenari PICC pada 27 Julai 2009

Lantas hari ini saya akan meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA.Untuk setiap NKRA akan dikenal pasti pula KPI-KPInya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur.Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembeling dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

Bagaimana kita mentafsir ucapan ringkas ini.
Enam Teras NKRA
Mengurangkan Kadar Jenayah
Mengurangkan Jenayah Jalanan Sebanyak 20 peratus pada ak
Memerangi Rasuah
Semua Perolehan Kerajaan Menggunakan Tender Terbuka atau Tender Terhad Bagi
Memerangi Rasuah
Mempeluasakan Akses Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Pendidikan Prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam
aliran perdana bagi memperluaskan akses pendidikan berkualiti
Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
Membenteras kemiskinan Tegar menjelanh 31 Disember 2012
Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
Peruntukan RM 10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air,elektrik,
selain baik pulih 50,000 rumah menjelang 2010
Menambahbaik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana
Menetapkan 25 Peratus Penduduk Lembah Kelang menggunakan pengangkutan
awam pada akhir 2012

Bagaimana kita mentafsir supaya boleh diguna pakai dalam perkhidmatan selaras dengan matlamat organisasi dan keperluan kepuasanh pelanggan

Berasaskan pada slogan tersebut,Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina NKPI/MNRA yang akan diguna pakai bagi menentukan kecemerlangan dan keberhasilan

Apa dia NKPI KPM....mari sama -sama kita hayati demi anak bangsa tercinta..Satu JPN,Murid Didahulukan,Guru Dijaga,Pencapaian Diutamakan...setuju tak selogan ini dan bagaimana ia boleh ditafsirkan.

Mari kita mentafsir MKPI KPM

NKRA 3:MELUASKAN AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN

Pendidikan Prasekolah Dijadikan sebahagian Sistem Pendidikan

Kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluaskan

akses pendidikan berkualiti

SUM NKRA 3 KPM

NKPI 1:MENINGKATKAN KADAR PENYERTAAN MURID PRASEKOLAH SEBANYAK 20 % PADA AKHIR TAHUN 2012 DENGAN MEMASUKKAN SEMUA PRASEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

NKPI 2:SEMUA MURID NORMAL BOLEH MENGUASAI KEMAHIRAN LITERASI DAN NUMERASI SELEPAS TIGA TAHUN MENGIKUTI PENDIDIKAN RENDAH PADA AKHIR 2012

NKPI 3: MEMBANGUNKAN 100 BUAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

NKPI 4: NEW DEALS/BAI'AH UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR BERDASARKAN PERFORMANCE BASED ASSESSMENT

Penjelasan:Memantapkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memestikan pemilihan pemimpin sekolah ini bukan sahaja berdasarkan kepada kekananan tetapi perlu wujug proses yang lebih telus dan luwes serta memilih yang terbaik dan berbakat.

NKPI 5 : MENINGKATKAN PENYERTAAN PELAJAR SEBANYAK 100% DALAM ALIRAN VOKASIONAL DAN TEKNIK

NKPI 6:SEMUA SEKOLAH MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK 24 JAM PADA AKHIR TAHUN 2012

Bagi mumudahkan perbincabg saya sediakan beberapa persoalan untuk kita kobgsi sama

Bagaimana kita melihat NKRA dan NKPI KPM sesuatu yang saling berkait dan melengkapi

Apa altiviti yang boleh dilakukan

Apa bentuk aktiviti yang perlu dijalankan

Bagaimana kita perlu bermula...tangga atau langkah bagaimana

Bila kita dapat laksanakan

Bagaimana kita menilai

Bila kita boleh melihat hasilnya

MZMYhttp://www.blogger.com/profile/01686553546422924821noreply@blogger.com0