Blog Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
4:44 PM 2 comments

Tumpuan Perancangan Bagi Keberhasilan 2010

Sekolah Menengah
  • Mencapai Visi
  • Pencapaian Cemerlang PMR,SPM dan STPM..penggunaan Headcount yang berkesan
  • Kemahiran Asas 3M dan Tapisan Pelajar Tingkatan 1
  • Kesungguhan Menyediakan Penilaian Berkualiti
  • Pemantapan Kokurikulum Sebagai Asas Peneguhan Displin
  • Kemenjadian Murid dan Penglibatan PIBG
  • Pengurusan Sumber Manusia(Guru dan Staf)
  • Pengurusan Kewangan dan Pembangunan(Audit)
  • Penguatkuasaan Penyediaan dan Penggunaan Buku Rekod Mengajar Guru
  • Penguatkuasaan Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan
  • Penambahbaik Program 2009
  • Perbanyakan R& D , Inovasi dan Kreativiti dalam P&P ,Kokurikulum dan Pentadbiran

Sekolah Rendah
  • Mencapai Visi
  • Kecemerlangan UPSR
  • Kemahiran 3M dan LINUS serta Tapisan Pelajar Tahun 1
  • Memperkasakan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pemulihan
  • Penilaian Semua Matapelajaran secara berkesan
  • Pemantapan Displin melaluk aktiviti kokurikulum
  • Kemenjadian Murid Secara menyeluruh dan Penglibatan PIBG
  • Pengurusan Sumber Manusia(Guru dan Staf)
  • Pengurusan Kewangan dan Pembangunan
  • Penguatkuasaan Penyediaan dan penggunaan Buku Rekod Mengajar
  • Penguatkuasaan Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan
  • Penambahbaik Program 2009
  • Perbanyakan R&D,Inovasi dan Kreativiti Dalam P&P,Kokurikulum dan Pentadbiran

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

  • AKADEMIK
  • KOKURIKULUM
  • SUMBER MANUSIA
  • PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH
  • KEMENJADIAN MURID

JABATAN PELAJARAN

  • Mempastikan Pelaksanaan NKRA/NKPI KPM dan VIsi Jabatan
  • Pemantauan Program Bagi Menjamin Keberhasilan
  • Pemantapan Perancangan dan Pelaksanaan Akademik dan Kokurikulum bagi Mempastikan Objektif Tercapai.Perbanyakan Pemantauan dan Hubungan Dengan Sekolah
  • ada lagi.......
6:22 PM 0 comments

Renungan Sebelum Merancang Keberhasilan 2010

Untuk memperolehi kejayaan dan perubahan kita mesti melakukan tindakan untuk mencapai perubahan bagi kejayaan atau sesuatu yang lebih baik.Kita tidak patut menjadikan alasan situasi dan lokasi atau tempoh masa kita di sesuatu tempat sebagai punca kita tidak boleh membuat kejayaan atau perubahan untuk mengubah keadaan.Kita mesti berpegang kepada konsep masa..hari ini adalah lebih baik dari semalam dan besok adalah lebih baik dari hari ini...orang yang hidupnya pada besok hari lebih buruk dari hari ini atau tidak melakukan perubahan atau penambahbaik adalah orang yang rugi tetapi adalah lebih malang sekiranya hari ini adalah lebih buruk dari hari semalam..jika ini berlaku kita tidak akan berubah malah akan terus mundur dan dikuatiri akan menyebabkan bencana dan malapetaka dalam perkembangan dan pembangunan modal insan.Buatlah lima perkara sebelum datang lima perkara....sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit,muda sebelum tua dan hidup sebelum mati...janganlah bertangguh selagi kita ada idea dan keterbukaan minda serta tenaga ,lakukanlah perubahan dan hasilkan kejayaan.


Bagi mempastikan perancangan dilaksana dengan baik, hubungan dan rasa hati dengan Pengarah,KS,KU,Pengetua ,Guru Besar dan Guru dan Staf mesti sentiasa baik.Kerana hubungan baik dua hala atau pelbagai hala amat penting dalam menentukan perancangan dapat dilaksana dengan berkesan.Tiada menunding jari,bertelagah menegakkan pendirian yang boleh mewujudkan kekecohan dan kekerohan dan ketegangan.Berusahalah melahirkan komunikasi yang murni dalam apa-apa bentuk hubungan.Jamgan ada usaha meletakkan kesalahan dan kegagalan dan kelemahan pada orang lain.Keharmonisan dan perpaduan dan budibahasa patut jadi amalan dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan di Labuan.Bersamalah kita mengembeling tenaga untuk meningkatkan prestasi pencapaian.Berikah idea untuk dikongsi sama dengan orang lain serta terimalah pandangan dan kritikan membina .Biarlah kita sentiasa nampak sama dan sentiasa bersama.Mesti ada kesepaduan dan keserasian dan kesinambungan dalam melaksanakan aktiviti antara SR-SM-Jabatan.Kita boleh pergiatkan konsep Pegawai Angkat ,Sekolah Angkat,Sekolah Contoh,Feeder School,Pegawai Angkat,Kolaborasi Ilmu SM-SR




Kita perlu merancang untuk kebaikan organisasi samaada kita baru ataupun lama disesuatu tempat kita bertugas.Kita perlu menerima seadanya..kelebihan, kekuatan,kekurangan malah kelemahan sebagai satu cabaran.Kita bertugas bukan kerana kita tapi kerana pelajar yang kitalah penentu dan pencorak masa depan mereka.Untuk itu perancangan perlu di rencana secara kolektif bersama dengan semua ahli organisasi.Idea-idea diterima, digarap dan dicanai supaya menjadi sesuatu objek atau peristiwa yang disukai oleh semua orang..ia diguna,dilihat,dicontohi.Dengan cara ini ,aktiviti dan program akan dijalankan secara berpasukan dan dirasai kesepunyaan.Kita tidak sepatut memilih tempat dimana kita suka bertugas.Penetahuan dan pengalaman boleh diguna dimana-mana.Kita perlu menanggap guru dan murid dimana sahaja adalah pelanggan kita yang perlu dilayan dengan baik dan diberikan hak untuk mereka terus maju dan mendapat pembelaan.
12:10 AM 2 comments

Berkorban-Internet-Kasih Sayang-Pengorbanan

Hari ini (4.12.09)saya baru balik ke Labuan setelah seminggu meninggalkan Pulau yang aman dan indah ini.Banyak pengalaman ditimba di Putrajaya,Kota Kinabalu dan Tawau.

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.. banyak lembu terkorban dan dikorbankan(tapi jika di Rembau tempat saya kerbau yang banyak menjadi korban).Semasa saya di Masjid Kerupang..tak ramai yang mahir melakukan proses KORBAN.( saya juga kekok untuk membantu kerana dah lama tidak menolong sejak meninggalkan kampung 20 tahun dahulu.moga akan ada pelapis dikalangan belia mengganti mereka yang veteran.Tak ramai belia yang sama-sama memerhatikan.Harap Yang Dipertua Majlis Belia Labuan ambil perhatian perkara ini.Tapi sebenarnya saya nak cerita yang ini. Iaitu tentang ramai kita mengorbankan masa depan TV, depan komputer kerana melihat bola ,filem hindustan atau lain-lain drama/film yang menarik atau melihat internet(tengok berita,citcet,facebook,blog),main video game..dengan tekun dan kadang-kadang marah bila diganggu..malah jika ibubapa tegur pun akan menarik masa masam...mengapakah kita tidak pandai memberikan kasih sayang kita pada ibu dan ayah sebagai mana kita asyik dan sayang pada ketekunan kita pada perkara lain.apakah pengorbanan ibu bapa selama ini tak cukup untuk kita membalas kembali sapaan dan suruhan mereka dengan penuh kasih sayang...Budi Bahasa Amalan Kita...hanya satu slogan dan nyanyian..kita guru wajib mengajar anak-anak didik kita dengan perasaan kasih sayang..bagaimana mendapatkan kasih sayang dan bagaimana kasih sayang boleh diberi pada yang berhak...kasih sayang patut diberikan pada mereka yang pernah berkorban pada kita tidak kira dalam apa bentuk sekali pun.. atau sebesar mana sekalipun waima sebesar zahrah/atom...pengorbanan wajib di balas dengan kasih sayang..anak yang kasih pada ibubapa wajib menjaga denyut nadi dan perasaan dan air muka ibu bapa...murid yang rasa guru telah berkorban untuk mereka(sepatutnya mengaku guru telah berkorban)..balaslah dengan kecemerlangan akademik dan kemenjadian diri murid...guru yang merasa Guru Besar/Pengetua telah berkorban wajar menjalankan tugas guru dengan cemerlang.......yang lain fikirlah sendiri....pokoknya pengorbanan mesti dibalas dengan penuh kasih sayang...sayangilah ibubapa kita kerana pengorbanan mereka...bekerjalah kerana ia ibadah yang dijanjikan pahala dan akan sampai juga pada ibubapa kita...kasihanilah negara,bangsa dan agama kerana ia telah berkorban untuk kita.Tapi benarkah kita telah melakukan pengorbanan bagi mencapai satu -satu visi dan tugas yang cemerlang..sebenarnya PERISTIWA KORBAN antara Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail serta kisah pengorbanan anak dan isteri-isteri Nabi Allah Ibrahim banyak sungguh pengajaran sekiranya jika kita mahu berfikir dan membaca...cubalah berfikir secara berkualiti demi melakukan pengorbanan.